Siasatan dapati 216,000 mangsa pedofilia oleh Gereja Katolik Perancis sejak 1950


Berikutan penemuan 216,000 mangsa pedofilia sejak 1950 oleh paderi dan pendeta Katolik Perancis, presiden jawatankuasa penyiasat Jean-Marc Sauve mengecam sebarang usaha melindungi orang agama yang didakwa atas kesalahan pedofilia. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2021.

SIASATAN bebas terhadap dakwaan penderaan seks bawah umur oleh paderi dan pendeta Katolik Perancis mendapati kira-kira 216,000 mangsa pedofilia sejak tahun 1950 hingga 2020, “fenomena besar” yang dirahsiakan sejak beberapa dekad.

Laporan penting itu, yang dikeluarkan pada Selasa selepas dua setengah tahun penyiasatan, diikuti kemarahan meluas atas serangkaian dakwaan pedofilia dan pendakwaan terhadap pegawai Gereja di seluruh dunia.

Ketika anggota awam Gereja seperti guru di sekolah Katolik dimasukkan, jumlah mangsa penderaan kanak-kanak meningkat menjadi 330,000 dalam tempoh tujuh dekad.

“Hingga awal tahun 2000-an, Gereja Katolik menunjukkan sikap tidak peduli yang mendalam dan kejam terhadap para mangsa,” kata presiden jawatankuasa penyiasat, Jean-Marc Sauve, pada sidang media.

Beliau mengecam sebarang usaha untuk melindungi orang agama dari dakwaan pedofilia.

Laporan setebal hampir 2,500 halaman itu mendapati “sebahagian besar” mangsa adalah kanak-kanak lelaki pra-remaja dari pelbagai latar belakang sosial.

“Gereja Katolik adalah, selepas keluarga dan rakan-rakan, lingkungan yang memiliki kekerasan seksual tertinggi,” kata laporan itu. – AFP, 5 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen