Kerajaan patuh perintah Mahkamah Tinggi Kuching laksana Undi 18


Chan Kok Leong Diyana Ibrahim Ragananthini Vethasalam

SPR memetik pandemik dan PKP untuk menyekat penularan Covid-19 sebagai alasan penangguhan pelaksanaan pendaftaran automatik had umur mengundi 18 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2021.

PUTRAJAYA tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berkenaan pelaksanaan Undi 18, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat hari ini.

“Kabinet memutuskan pada 10 September, untuk tidak akan merayu terhadap keputusan mahkamah,” kata menteri undang-undang itu.

Wan Junaidi menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (Puchong-PH) sama ada kerajaan akan mematuhi perintah mahkamah untuk melaksanakan pendaftaran automatik dan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun pada 31 Disember, dan apa langkah yang diambil berkenaan perkara itu.

Pada 3 September, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan Putrajaya melaksanakan Undi 18 sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan belia mengundi pada pilihan raya akan datang.

Mahkamah mutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah melaksanakan Undi 18 sebelum Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai berkata SPR bertindak “secara tidak sah” dan “tidak rasional” apabila memutuskan untuk menangguh pelaksanaan Undi 18 dari Julai 2021 ke September 2022.

SPR memetik pandemik dan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan untuk menyekat penularan Covid-19 sebagai alasan penangguhan itu. – 21 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen