Menteri kanan 'halang' Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, kata sumber


Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming 'dihalang' daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat sebelah petang hari ini, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 September, 2021.

SEORANG menteri kanan menghalang Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming dihalang daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat sebelah petang hari ini, kata sumber.

Menurut sumber, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun telah meminta Nga untuk mempengerusikan sidang sesi petang tetapi menarik semula selepas campur tangan menteri kanan terbabit.

Nga ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima undangan Azhar dan bersetuju. Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sidang Dewan Rakyat sesi petang tadi sebaliknya dipengerusikan Azhar pada jam 2.30 petang sebelum diambi alih oleh Timbalan Speaker Rashid Hasnon (Batu Pahat-PN).

The Malaysian Insight telah menghubungi Azhar untuk mendapatkan komen.

Salah satu kerusi timbalan speaker Dewan Rakyat kosong selepas Azalina Othman Said (BN-Pengerang) letak jawatan pada 23 Ogos lalu. Beliau memberikan tiga alasan yang menyentuh soal moral dan integriti, serta kewibawaan institusi.

Rabu lalu, Azalina mempengerusikan sementara mesyuarat pada sidang sebelah petang.

Pemilihan timbalan speaker sepatutnya dibuat pada Selasa lalu, tetapi ditangguh sehingga pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menambah satu lagi kerusi timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, menjadi tiga.

Pindaan itu juga akan mensyaratkan satu kerusi khusus untuk wakil rakyat pembangkang, kata Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – 20 September, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen