1 lokaliti di Pahang, Sabah dan Perak dikenakan PKPD


Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata selain itu, Kampung Ulu Groh di Kampar, Perak juga dikenakan PKPD bermula esok hingga 25 September ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September 2021.

DUA lokaliti, masing-masing satu di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin hingga 26 September, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata selain itu, Kampung Ulu Groh di Kampar, Perak juga dikenakan PKPD bermula esok hingga 25 September ini. 

“Di Pahang, lokaliti terlibat ialah Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif di kawasan Pekan manakala di Sabah pula melibatkan Taman Semarak Megah di Tawau. 

“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi berkata beberapa lokaliti di Pahang dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 30 dan 16 Ogos lepas akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. 

Beliau berkata lokaliti di Pahang membabitkan Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Perlok di Jerantut manakala lokaliti di Sabah membabitkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai di Putatan serta Kampung Tuhau di Kudat. – Bernama, 11 September, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen