ANGKA kematian serangan di enam tingkat Hotel Intercontinental yang didakwa dilakukan Taliban boleh meningkat kerana kakitangan masih sedang melakukan pemeriksaan di semua bilik, kata pihak berkuasa.
Menteri Luar Ukraine, Pavlo Klimkin juga melahirkan kebimbangan lebih banyak mayat akan ditemui.
Serangan semalaman di hotel yang berada di puncak sebuah bukit yang menghadap ibu negara Afghanistan yang berakhir pada Ahad telah menyebabkan berlaku kejadian penuh dramatik di mana tetamu dilihat cuba melarikan diri menggunakan cadar yang diikat pada balkoni.
Pasukan elit Afghanistan diturunkan pada waktu malam dari helikopter di bumbung hotel yang dibina pada 1960-an itu. Kementerian dalam negeri berkata kesemua enam penyerang berjaya dibunuh. Sebelum ini jumlah penyerang dikatakan seramai empat orang.
Pasukan keselamatan ini dibantu tentera Norway. Norway telah membantu melatih pasukan elit Afghanistan sejak 20017.
“Lima warga Afghanistan dan seorang warga asing telah dibunuh,” jurucakap kementerian dalam negeri, Nasrat Rahimi memberitahu sambil menambah kira-kira 150 orang diselamatkan.
“Mayat warga asing, iaitu wanita, dijumpai diambil dari tingkat enam,” katanya.
Pegawai kementerian luar negeri Ukraine VAsyl Kyrylych mengesahkan rakyat negaranya antara salah seorang yang mati.
Seorang lagi kurucakap kementerian dalam negeri berkata seramai 41 warga asing telah diselamatkan tetapi memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat. Setakat ini, sekurang-kurangnya enam orang mengalami kecederaan.
Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang berada di dalam hotel itu. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan Afghanistan, Kam Air, Kapten Samad Usman Samadi berkata seramai 42 orang kakitangannya berada di hotel itu, dan sekurang-kurangnya 16 daripada mereka dilaporkan masih hilang.
Taliban telah mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu melalui emel. Serangan itu berlaku susulan beberapa amaran yang dikeluarkan beberapa hari ini supaya mengelakkan hotel-hotel dan lokasi-lokasi lain yang sering dikunjungi pelancong. – AFP, 21 Januari, 2018.
Komen