6 maut pesawat terhempas di Alaska


Contoh model pesawat de Havilland Beaver. Sebuah pesawat model itu dilaporkan terhempas di Alaska dan mengorbankan enam penumpang termasuk seorang juruterbang.– Gambar AFP, 6 Ogos, 2021.

SEBUAH pesawat dilaporkan terhempas di Alaska, utara Amerika Syarikat, dan mengorbankan enam penumpang termasuk seorang juruterbang, lapor Sputnik.

Menurut stesen penyiaran Media Awam Alaska, pesawat de Havilland Beaver itu terhempas berhampiran bandar Ketchikan selepas menghantar isyarat kecemasan kepada pegawal pantai pada 19:20 GMT Khamis.

Punca nahas masih disiasat. – Bernama, 6 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen