16,840 kes baharu Covid-19, sebahagian besar di Lembah Klang


Aminah Farid

Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi Covid-19 iaitu 6,092 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 2,138 jangkitan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 16,840 kes baharu Covid-19 dengan Lembah Klang menyumbang 8,206 jangkitan dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, negara mencatatkan jangkitan ketiga tertinggi dalam tempoh sehari dengan 17,170 kes.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,092 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 2,138 jangkitan.

Sementara itu Kedah melaporkan 1,281 kes, diikuti oleh Johor (1,104) dan Negeri Sembilan (1,079). Kedah (1281), Negeri Sembilan (1079), Sabah (1066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (7)

Semalam, Kementerian Kesihatan memberikan 556,404 suntikan vaksin Covid-19, hari keempat berturut-turut lebih 500,000 suntikan diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKAV) berkata seramai 343,530 sudah menerima dos pertama semalam sementara 212,874 sudah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

Secara keseluruhan, 6.3 juta atau 19.3% penduduk sudah diberi vaksin sementara 1.31 juta atau 40.4% sudah menerima dos pertama mereka. – Bernama, 30 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen