KKM kesan 41 kluster baharu Covid-19


Aminah Farid

KKKM mengesan 41 lagi kluster baharu Covid-19, dengan 22 daripada jumlah itu membabitkan tempat kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 41 lagi kluster baharu Covid-19, dengan 22 daripada jumlah itu membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, 16 kluster lagi adalah jangkitan dalam komuniti, dua membabitkan pusat tahanan dan satu sektor pendidikan.

Pertambahan itu menjadikan sebanyak 3,568 kluster telah dikesan setakat ini, dengan 1,050 masih aktif, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua kluster baharu tersebut dikenal pasti di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Sabah, Melaka, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang and Kelantan.

Berikut adalah kluster baharu yang dikesan:

Tempat kerja
1. Lorong Perindustrian Bukit Minyak 21 di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang (34 kes) 
2. Industri Bukit Minyak 88A di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (30)
3. Jalan Penang di Timur Laut, Pulau Pinang (25) 
4. Industri Persiaran Cassia Selatan di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (25) 
5. Tapak Bina Depot Laluan Klang di Klang, Selangor (145) 
6. Industri Jalan Salleh di Klang, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Selangor, Selangor (123) 
7. Industri Selesa 2 di Hulu Langat, Selangor (118) 
8. Jalan Jurutera 23 di Petaling dan Klang, Selangor (19) 
9. Tapak Bina Desa Pahlawan di Titiwangsa, Kuala Lumpur (34) 
10. Desa Tun 2 di Cheras, Kuala Lumpur (26) 
11. Jalan Langkawi di Titiwangsa, Kuala Lumpur (7) 
12. Jalan PBR 38 di Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka (38)
13. Jalan Food City di Melaka Tengah, Melaka (27)
14 Tapak Bina Ayer Salak di Melaka Tengah, Melaka (26) 
15. Jalan Platinum Empat di Johor Bahru, Johor (16) 
16. Jalan Gemilang Sembilan di Johor Bahru, Johor (16) 
17. Dah Puteri Industri Baling di Baling, Kuala Muda, Kulim dan Sik, Kedah (86) 
18. Dah Cendana Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah (35) 
19.  Tapak Bina Jalan BBN di Seremban, Negeri Sembilan (161) 
20. Industri Jalan Tuanku Jaafar Utara di Seremban, Negeri Sembilan (54) 
21. Bukit Berembun in Rompin, Pahang (17) 
22. Industri Chandan Raya 1/3 in Kinta, Perak (27) 

Komuniti
23. Kampung Banggol Telipot di Pasir Puteh, Kelantan (33) 
24. Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan (19) 
25. Lorong Masjid Padang Bongor di Kota Bharu, Kelantan (12)
26. Kampung Melor Lama Peringat di Kota Bharu, Kelantan (11) 
27. Taman Puteri Pulong di Kota Bharu dan Machang, Kelantan (10) 
28. Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok, Kelantan (6) 
29. Bayangan di Keningau, Sabah (21)
30. Menawo Baitah di Keningau, Sabah (16) 
31. Bariawa Laut di Keningau, Sabah (13) 
32. Jalan Inai di Temerloh, Pahang (23) 
33. Simpang Cheneras di Lipis, Pahang (16) 
34. Taman Selesa di Dungun, Terengganu (65) 
35. Majupadu Lapan di Kluang, Johor (26)
36. Taman Bertam Indah di Melaka Tengah, Melaka (23) 
37. Dah Kampong Pong di Padang Terap, Kedah (17) 
38. Kampung Gelok Bukit di Hulu Perak, Perak (13) 

Pusat tahanan
39. Pagar Kluang di Kluang, Johor (39) 
40. Pagar Bachok di Bachok, Kelantan (17) 

Pendidikan lain
41. Jalan Seroja 33 di Sepang, Selangor (9). – 28 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen