143 kematian, kes aktif kini 175,113, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah korban yang direkodkan sejak negara dilanda pandemik Januari tahun lalu kini 8,551 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 143 kematian akibat Covid-19, manakala kes aktif di seluruh negara kini mencecah 175,113.

Pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah korban yang direkodkan sejak negara dilanda pandemik Januari tahun lalu kini 8,551 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham juga berkata seramai 1,016 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini, dengan 529 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. – 28 Julai, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen