Rekod tertinggi 17,405 kes baharu Covid-19, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 7,171 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2021.

SEBANYAK 17,405 lagi kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu, dengan lebih 57% direkodkan di Lembah Klang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka itu rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara pada hujung Januari tahun lalu. 

Ini menjadikan jumlah terkumpul jangkitan meningkat kepada 1,061,476, tambah Dr Noor Hisham.

Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 7,171 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes.

Angka harian juga tinggi di Kedah iaitu 1,112 kes, manakala Johor (767) dan Sabah (913).

Terdahulu, sebanyak 553,871 dos vaksin Covid-19 diberi semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,  jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi Twitter berkata, daripada jumlah itu seramai 356,112 individu menerima dos pertama dan 197,759 lagi lengkap dos kedua.

Sebanyak 18.39 juta dos sudah diberikan kepada penduduk setakat semalam, meliputi 12.4 juta dos pertama dan 5.9 juta dos kedua. β€“ 28 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen