Penjenayah siber serang terminal pelabuhan utama Afrika Selatan


Syarikat hak milik Afrika Selatan, Transnet berkata ia mendapat serangan siber, pencerobohan keamanan dan sabotaj, yang mengakibatkan gangguan kepada proses dan fungsinya yang normal. – Gambar AFP, 27 Julai, 2021.

TRANSNET, syarikat logistik milik Afrika Selatan berkata mengatakan terminal pelabuhan utamanya telah diserang oleh penjenayah siber.

Susulan itu, Transnet telah menggunakan klausa kontrak yang jarang diguna, supaya syarikat itu bebas dari bertanggungjawab.

Dalam sepucuk surat kepada pelanggannya pada Isnin, syarikat itu berkata ia mengisytiharkan force majeure - klausa yang menghalang pihak daripada memenuhi kontrak kerana faktor luaran dan keadaan yang tidak dijangka.

Ia berkata syarikat itu “mendapat serangan siber, pencerobohan keamanan dan sabotaj, yang mengakibatkan gangguan kepada proses dan fungsinya yang normal.”

Serangan itu melibatkan pelabuhan di Durban - paling sibuk di pinggir Sahara, serta Cape Town, Port Elizabeth dan Ngqura, kata Transnet dalam notis sulit yang dilihat oleh AFP pada Selasa.

Dikatakan serangan itu dibuat pada 22 Julai tetapi berterusan sehingga memaksa syarikat itu beralih ke sistem manual.

“Operasi di terminal kontena masih berjalan walaupun lambat,” katanya. – AFP, 27 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen