Doktor kontrak bukan PPE, kata bekas menteri kesihatan


Ragananthini Vethasalam Alfian Z.M. Tahir Mohd Farhan Darwis

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada tuntutan doktor kontrak, kata bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 27 Julai, 2021.

BEKAS menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan terhadap doktor kontrak yang menyertai mogok semalam.

Malah kerajaan sepatutnya memberi perhatian kepada tuntutan mereka, tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Apa yang dituntut oleh doktor kontrak sangat munasabah, jelasnya, antaranya memastikan proses pelantikan mereka itu telus dan adil berdasarkan merit serta diberi layanan sama rata.

“Saya mohon jangan ada pihak berkuasa yang mengambil tindakan ke atas mereka, dan jadikan mereka itu dalam pandemik ini seumpama PPE (peralatan pelindungan diri), dipakai kemudian dibuang.

“Ini menjadi satu noktah penting untuk saya bangkitkan kerana kita konsisten dalam memperjuangkan hak mereka, dan saya minta menteri mengambil perhatian perkara ini,” katanya pada sidang khas Dewan Rakya hari ini. 

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini katanya memandang serius isu berkenaan doktor kontrak.

“Jangan ada lagi yang menyebut Pakatan Harapan memandang sepi perkara ini.

“Sebenarnya, pada tahap awal kami berjaya mendapatkan satu kedudukan yang agak baik di mana pekerja kontrak diberikan daripada gred UD41 kepada UD43,” katanya. – 27 Julai, 2021. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen