33 kluster baharu, 21 berkait tempat kerja, kata Noor Hisham


Aminah Farid

33 kluster yang dilaporkan hari ini dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Julai, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 33 kluster baharu Covid-19, melibatkan 21 tempat kerja, 10 komuniti dan dua institusi pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 33 kluster yang dilaporkan hari ini dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Beliau berkata jumlah direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kluster sebanyak 3,485 dengan 1,005 kluster aktif ketika ini di seluruh negara.

Kluster tempat kerja:

1. Industri Jalan Perdana di Pontian, Johor (215)
2. Taman Perindustrian Sinaran di Kluang, Johor (67)
3. Jalan Makmur Industri di Johor Bahru, Johor (25)
4. PLO Jalan Perak Tiga di Johor Bahru, Johor (11)
5. Jalan Mahir Empat di Johor Bahru, Johor (10)
6. Jalan SILC Dua di Johor Bahru, Johor (9)
7. Industri Kesidang Lima di Hulu Selangor, Selangor (98)
8. Industri Perusahaan Batu di Gombak, Selangor (22)
9. Industri Jalan Haji Manan di Klang, Selangor (67)
10. Gom Tujuh di Bintulu, Sarawak (24)
11. Jalan Tatau-Selangau di Tatau, Sarawak (18)
12. Industri Perai 4A di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (32)
13. Industri Jalan Pantai di Seberang Perai Utara dan Sebarang Perai Tengah, Pulau Pinang (15)
14. Tapak Bina Jalan Pelangi di Kepong, Kuala Lumpur (69)
15. Tapak Bina Jalan Conlay di Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (34)
16. Tanah Mas Bidor di Batang Padang, Perak (103)
17. Industri Nilai Emas di Seremban, Negeri Sembilan (83)
18. Padang Limau Nipis di Marang, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, Terengganu (40)
19. Industri Simpang Gading di Alor Gajah, Melaka (22)
20. Industri Batu 61 di Jerantut, Pahang (19)
21. Kampung Tempoyak di Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan (9)

Kluster komuniti:
22. Simpang Empat Panji di Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan (10)
23. Lorong Yusof Bongsu di Pasir Mas, Kelantan (5)
24. Jalan Aman Sha di Larut Matang dan Selama, Perak (17)
25. Tanjung Medan di Kuala Kangsar dan Perak Tengah, Perak (14)
26. Teratai Kulai di Kulai, Johor (39)
27. Dah Ruat di Yan, Kedah (22)
28. Lorong Haji Lamat di Melaka Tengah, Melaka (22)
29. Bagan Tunjang di Sabak Bernam, Selangor (16)
30. Jalan Delima Bintang di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (19)
31. Jalan Merak Jengka Tujuh di Maran, Pahang (21)

Kluster pendidikan:

32. Dah Teluk di Kota Setar dan Padang Terap, Kedah (38)
33. Jalan Anggerik Panji di Kota Bharu, Kelantan (7) – 26 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen