Dr Mahathir sekarang dah 'melalut', kata Najib


Kamles Kumar

Perdana Menteri Najib Razak hari ini berkata ada “seseorang yang berusia 93 tahun” tidak mahu bersara dan melalut, dipercayai merujuk kepada bekas mentornya, Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2018.

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini berkata Dr Mahathir Mohamad sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya dan “tidak mahu bersara”.

Najib tidak menyebut nama bekas mentornya itu, tetapi mendesak pesara polis supaya bersedia untuk membiarkan pemimpin muda mengambil alih dan jangan mengikut jejak “pemimpin berusia 93 tahun”.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Pesara Polis bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendesak pesara polis supaya menunjukkan sokongan kepada pemimpin kerajaan walaupun selepas bersara.

“Kita kena berjuang; tugas kita belum selesai.

“Jangan pula jadi macam seorang tu. Umur dah 93 tahun, tidak mahu bersara. Dia dah melalutlah tu,” kata Najib.

Najib menegaskan yang sokongan veteran sangat penting kepada kerajaan sekarang dan menggesa mereka supaya tidak terpengaruh dengan isu yang dipolitikkan.

“Saudara-saudara sekalian, kita perlu sumbang kepada masa depan negara dengan cara kita sendiri. Jadi pulanglah ke kampung dan sokonglah kerajaan,” katanya.  – 15 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Madey semakin melalut penyamun mo1 semakin takut

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Najib fikir orang Malaysia Kaya macam orang Saudi, sebab ITU dia ingat curi billion billion tidak spa.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Bigjoe Lam · Ulasan