Angka kematian, pesakit ICU turun, jumlah kes Covid-19 masih tinggi


Raevathi Supramaniam

Sebanyak 60 orang meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 4,202. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Jun, 2021.

KES Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini turun untuk pertama kalinya dalam tempoh 40 hari kepada 909 pesakit yang memerlukan rawatan kritikal, menurut infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah ini, sebanyak 441 pesakit mendapat bantuan pernafasan.

Semalam, terdapat 924 kes di ICU.

Kes ICU setiap hari mencatat rekod sejak 6 Mei, apabila 354 pesakit menerima rawatan di ICU di hospital di seluruh negara.

Sementara itu, 60 orang meninggal dunia akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian sebanyak 4,202.

Jumlah harian masih kekal dalam lingkungan 5,000, naik kepada 5,738 berbanding 5,150 semalam.

Sementara itu, jumlah pesakit yang pulih melebihi kes baharu apabila 7,530 orang didiscaj.

Kadar pemulihan yang lebih tinggi menyebabkan kes aktif rendah dengan 66,097 pesakit yang kini dirawat kerana Covid-19. – 17 Jun, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen