Kerja pembaikan kecil sedang dijalankan di bangunan baru, kata CAAM


Chan Kok Leong

CAAM akan menetapkan jadual pemeriksaan akhir sebaik sahaja sekatan pergerakan ditamatkan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Jun, 2021.

SEMUA kerja pembinaan di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) baru di Sepang telah selesai dengan hanya sedikit kerja pembaikan yang sedang dijalankan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk sistem penahan api alternatif dan pemasangannya telah selesai sepenuhnya.

“Selain itu, pelan akhir mekanikal dan elektrikal untuk sistem penahan api alternatif juga sudah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,” kata CAAM.

CAAM berkata pihaknya akan menetapkan pemeriksaan akhir sebaik sahaja sekatan pergerakan ditamatkan.

CAAM juga berkata pemasangan bumbung juga sedang dilakukan di dua bilik kawalan yang dipasang dengan penebat baharu.

“Pemeriksaan penebat bunyi untuk Ruang Operasi Utama (MOR) dan Bilik Latihan dan Simulasi Kesinambungan Perniagaan (BCTS) sedang berlangsung sambil mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Keputusan untuk menambah baik penebat bunyi di bilik kawalan dibuat untuk kepentingan semua pengawal trafik udara bagi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.”

Ia mengatakan bahawa penambahbaikan penebat bunyi bukanlah syarat untuk memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tetapi merupakan inisiatif yang dibuat untuk memastikan keselesaan bagi semua pengawal trafik udara. – 16 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen