RAKYAT Algeria mengundi pada Sabtu dalam pemilihan Parlimen yang dibayangi tindakan keras terhadap gerakan rakyat memprotes pungutan suara itu.
Parti-parti pro-pemerintah menggesa orang ramai mengundi, berharap dapat kembalikan kestabilan selepas dua tahun dilanda protes dan boikot selepas bekas presiden Abdelaziz Boutflika diarahkan letak jawatan.
Gerakan protes itu, yang telah membuat tunjuk perasaan setiap minggu sebelum diharamkan bulan lalu, mengecam pemilihan itu sebagai penipuan, mengkhianati harapan rakyat Algeria.
Tujuh tokoh gerakan tunjuk perasaan itu ditangkap menjelang hari pengundian sementara polis dikerahkan di banyak ibu kota menghalang protes.
Undian ditutup pukul 7.00 malam dan keputusan tidak dapat dijangka bila akan diumum.
Pihak berkuasa berharap mendapat majoriti, walaupun dua pilihan raya sebelum ini, sejak Bouteflika undur diri, menunjukkan rekod rendah berikutan gerakan protes itu.
Mereka yang mengundi di negara terbesar di Afrika itu perlu memilih lebih 13,000 calon untuk 407 kerusi di Parlimen, di mana lebih dari separuh disenaraikan sebagai parti bebas. – AFP, 12 Jun, 2021.
Komen