ALGERIA akan melancarkan vaksinasi Covid-19 pada Januari walaupun negara itu masih belum memutuskan vaksin yang akan dipilih, kata Presiden Abdelmadjid Tebboune pada Ahad.
Tebboune yang pulih daripada Covid-19 selepas menerima rawatan di Jerman pada 28 Oktober, membuat pengumuman itu menerusi Twitter.
Beliau berkata Perdana Menteri Abdelaziz Djerad ditugaskan untuk mengadakan pertemuan dengan pakar Covid-19 di negara itu bagi menentukan pemilihan vaksin yang sesuai.
Di Algeria, mereka yang disahkan positif Covid-19 diberikan hydroxychloroquine untuk rawatan walaupun terdapat kajian menunjukkan ia tidak berkesan.
Pemimpin berusia 75 tahun itu berjanji akan kembali ke Algeria secepat mungkin.
Algeria merekodkan lebih 100,000 kes dan 2,666 kematian. – AFP, 21 Disember, 2020.
Komen