'Dilantik oleh tuhan', pemimpin Samoa mahu terus berkuasa


Tuilaepa Sailele Malielegaoi, 76, tidak pernah merasai kekalahan, malah bertekad dan yakin hanya kuasa tuhan sahaja akan mengakhiri pemerintahannya. – Gambar AFP, 26 Mei, 2021.

MENENTANG keputusan pilihan raya dan keputusan mahkamah, pemimpin veteran Samoa, Tuilaepa Sailele Malielegaoi bertekad untuk terus berkuasa, yakin hanya dengan campur tangan tuhan sahaja dapat mengakhiri pemerintahan 22 tahun di negara kepulauan Pasifik itu.

Malielegaoi tidak pernah merasai kekalahan - sehingga baru-baru ini, penguasa berusia 76 tahun itu dipandang hampir kebal dalam negara Kristian berpopulasi 220,000 yang beriman di mana hormat terhadap orang tua sudah tertanam di dalam lubuk hati.

Seorang ahli ekonomi terlatih, Malielegaoi telah lama membayangkan kehidupan masyarakat sejak terpilih ke Parlimen Samoa pada tahun 1980.

Selain menjadi perdana menteri, beliau melantik dirinya sendiri sebagai menteri luar negeri dan pengerusi Kesatuan Ragbi Samoa - peranan terkenal di negara yang gila ragbi itu.

Bagaimanapun cengkaman kekuasaannya kini ditentang oleh bekas sekutunya, Fiame Naomi Mata’afa, yang memenangi majoriti mengejutkan dalam pilihan raya umum pada 9 April, membuka pintu untuk beliau menjadi perdana menteri wanita pertama di Samoa.

Sebelum ini, Malielegaoi memicu krisis Perlembagaan yang membuatkan pemerhati antarabangsa memperingatkan demokrasi di Samoa boleh goyah. – AFP, 26 Mei, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen