8 daripada 10 pelaku gangguan seksual di sekolah adalah guru, kata kumpulan 


Hampir 805 pelaku gangguan seksual di sekolah adalah guru, ustazah, ustaz dan warden, menurut kajian yag dijalankan oleh Persatuan Tindakan Semua Wanita.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mei, 2021.

LAPAN daripada sepuluh pelaku gangguan di sekolah dan kolej adalah guru, guru agama dan warden,” kata Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam) dalam satu kajian 275 testimoni yang dikumpul menerusi media sosial.

“Sebahagian besar pelaku gangguan seksual adalah yang mempunyai kuasa.

“Daripada 311 pelaku, 247 (79.4%) adalah guru, ustazah, ustaz dan warden,” kata persatuan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. 

Daripada 275 kes, Awam berkata lebih separuh (164) insiden gangguan seksual berlaku di sekolah.

“125 kes melibatkan pemeriksaan mengejut haid, 108 adalah buli dan 88 gangguan seksual yang mana kebanyakan mangsa mengalami lebih daripada satu bentuk pelakuan itu.” 

Awam mengumpul testimoni daripada personaliti media sosial berpengaruh dan mangsa bermula 16 hingga 26 April, selepas laporan berita mengenai pemeriksaan haid di sekolah dan jenaka rogol oleh seorang guru lelaki yang menjadi tumpuan. 

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk memahami bagaimana tahap pengaruh gangguan seksual di sekolah. Daripada data berkenaan, 269 dikumpul oleh dua personaliti media sosial yang berpengaruh dan enam lagi adalah daripada mangsa sendiri. 

Testimoni itu juga menunjukkan terdapat juga pelaku dalam kalangan pelajar, seperti pengawas dan pelajar senior terutamanya dalam kes pemeriksaan haid, pelanggaran ini dilakukan dalam konteks amalan normal yang secara terang-terangan disetujui dan dikuatkuasakan oleh guru, ustazah dan ustaz.

Testimoni mengenai pemeriksaan haid itu turut memberikan perincian khusus mengenai jenis pelanggaran yang terlibat.

Ini termasuk menanggalkan dan menunjukkan tuala wanita yang merupakan kesalahan tertinggi dengan 30 laporan. Ini diikuti dengan meraba-raba (23 laporan) dan calitan putik kapas / tisu (21 laporan).

Secara keseluruhan, dari segi jantina, Awam mengatakan bahawa 91.6% mangsa adalah wanita dan kanak-kanak perempuan, sementara lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki adalah 6.2%.

Bagi mangsa lelaki, bentuk gangguan seksual termasuk cubit payudara, meraba bahagian sulit dan ditanggalkan pakaian oleh pihak berkenaan untuk pemeriksaan. – 18 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen