Pengerusi Kumpulan Low Yat, Low Yow Chuan meninggal dunia


Diepengerusikan Low Yow Chuan sejak 1971, kumpulan ini telah melebarkan sayapnya daripada sebuah syarikat pembinaan bermula pada 1940. – Gambar Facebook, 8 Mei, 2021.

PENGERUSI Kumpulan Low Yat, Low Yow Chuan meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.

Menurut laporan berita, seorang daripada anggota keluarganya dipetik sebagai berkata pengebumian Low akan diadakan pada Rabu ini (12 Mei).

Kumpulan itu merupakan satu daripada kumpulan milik persendirian terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai perniagaan termasuk pembangunan hartanah dan runcit.

“Diketuai pengerusinya Low Yow Chuan sejak 1971, kumpulan ini telah melebarkan sayapnya daripada sebuah syarikat pembinaan bermula pada 1940,” menurut kumpulan itu.

Sebagai pengerusi dan pengarah urusan Kumpulan Low Yat, Low telah mengembangkan portfolio projek dan perniagaan kumpulan itu.

“Di bawah bimbingan dan kepimpinannya, portfolio projek besar dalam kumpulan ini telah dipertingkatkan. Beliau juga telah mencapai satu lagi kejayaan penting dalam kumpulan ini menerusi sumbangannya yang meluas dalam menggalakkan pertumbuhan pelancongan di Kuala Lumpur,” menurut kumpulan itu. – Bernama, 8 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen