PILIHAN raya umum akan datang dan pengukuhan ringgit menyebabkan kenaikan pasaran saham Malaysia dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatat prestasi bulanan terbaiknya dalam tempoh lima tahun pada Disember.
Pakar ekonomi berkata keterujaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dirangsang dengan ramalan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan akan memperoleh manfaat daripada keputusan pilihan raya, yang mesti diadakan sebelum Ogos, menurut Bloomberg.
Ia mencerminkan trend yang sama sejak empat pilihan raya lalu apabila para pelabur segera membeli saham syarikat berkaitan kerajaan.
Keuntungan sebanyak 49% dicatatkan dalam jangka masa 12 bulan sebelum PRU10 pada November 1999, berbanding 6.5% pada pilihan raya terakhir pada 2013.
Ringgit mencecah 4.00 kepada dolar AS buat kali pertama pada Jumaat lepas sejak Ogos 2016 juga membantu membuka jalan kepada kepada kenaikan. – 8 Januari, 2018.
Komen