Ringgit mengukuh bawah RM4 berbanding dolar


NILAI ringgit mengukuh ke paras tertinggi berbanding satu dolar AS sejak sejak Ogos 2016 ekoran peningkatan harga minyak mentah.

Nilai ringgit mengukuh kira-kira 0.2% kepada kira-kira 3.998 berbanding satu dolar dalam dagangan awal pagi hari ini.

Ia kekal ke paras RM4.0037 sejak jam 10:15 pagi, menurut kadar tukaran dilaporkan Bloomberg.

Laporan Reuters yang memetik kenyataan penganalisis ekonomis kanan Mizuho Bank pula menyebut, ia mungkin disebabkan gabungan faktor harga minyak yang kembali meningkat dan juga ketidakstabilan matawang dolar.

Menurt Bank Dunia, ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.8% pada 2017 ekoran peningkatan dalam permintaan dalam negara dan pasaran buruh.

Nilai ringgit jatuh hampir 22% dari 2015 hingga 2016 dan menjadi salah satu daripada matawang yang merekodkan prestasi paling buruk di rantau ini.

Pada 29 Disember tahun lalu, ringgit meningkat 9.07% dan ditutup pada kadar 4.08 berbanding dolar, menjadikannya matawang dengan prestasi kedua paling baik di Asia.

Matawang won Korea Selatan jug meningkat 12.8% berbanding dolar pada tempoh sama.

Nilai ringgit yang semakin kukuh itu selari dengan pasaran ekuiti yang kukuh, dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras psikologi 1,800 mata semalam.

Indeks tersebut ditutup pada 1,803.45 mata dan dibuka semula pada paras 1,804.79 pagi ini.

Sementara itu, minyak mentah Brent pada masa ini didagangkan melebihi AS$68 (RM271) setong, harga paling tinggi sejak 2015.

Peningkatan harga minyak itu ekoran rundingan untuk mengurangkan pengeluaran di kalangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak seperti Rusia yang dijangka berterusan sehingga akhir tahun.

Peningkatan kadar faedah pinjaman juga dijangka akan mengapungkan lagi nilai ringgit, manakala dolar AS yang menyusul 8.5 % tahun lalu, membantu meningkatkan kadar tukaran supaya memihak kepada ringgit.

Turut meningkatkan kecairan tersebut ialah peraturan baru Bank Negara, diumumkan bulan lalu, agar pengeksport menukarkan 75% daripada hasil yang diperolehi kepada ringgit, berbanding kadar 1% sebelum ini. – 5 Januari 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia oleh Bank Dunia itu membuktikan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Dasar monetari Bank Negara yang akomodatif, akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara, di samping penyepaduan dasar fiskal akan mengurangkan defisit fiskal dan membantu menampan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK. Pengukuhan nilai mata wang ringgit merupakan suatu perkembangan positif kepada negara

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Nizam Hasbullah · Ulasan

  • Ringgit semakin kukuh ini juga didorong aliran masuk dana pelabur asing dalam pasaran ekuiti dan bon tempatan sekali gus mewujudkan permintaan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar. Ringgit dijangka semakin kukuh apabila telah mencacatkan kadar 4.0 hingga 4.1 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ringgit berpotensi untuk mencecah pada 3.98.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Nizam Hasbullah · Ulasan