MAJLIS Peguam menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menyiasat aduan salah laku polis.
Ia juga mendesak kerajaan memperkenalkan satu tindakan bagi membantu para koroner mengurus dan mengawal siasatan secara menyeluruh mengenai penyebab kematian yang mencurigakan.
“Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) diusulkan kerajaan tidak cukup untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban tulen dan bebas yang berlaku,” kata Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas dalam satu kenyataan hari ini.
“Dan tidak boleh tunda dalam enakmen Akta Koroner.
“Kematian dalam tahanan menyebabkan merudumnya kepercayaan pada pihak penguatkuasa.”
Berita mengenai A Ganapathy yang berusia empat puluh tahun meninggal dalam tahanan polis menjadi perhatian baru-baru ini.
Beliau ditahan pada 24 Februari dan menghabiskan 12 hari di penjara untuk membantu siasatan atas tuduhan jenayah saudaranya sebelum dimasukkan ke hospital Selayang.
Beliau meninggal selepas sebulan di unit rawatan rapi (ICU).
Peguam keluarga berkata bedah siasat telah mengesahkan Ganapathy meninggal dunia akibat kecederaan disebabkan dipukul ketika berada dalam tahanan polis.
Bagaimanapun, dalam sidang media semalam, polis berkata tidak ada bukti si mati dipukul ketika dalam tahanan.
Justeru, tambah Kalidas, majlis peguam percaya pembaharuan struktur dasar akan membawa kepada proses siasatan yang lebih jelas. – 1 Mei, 2021.
Komen