Kadar bolehjangkitan Covid-19 naik kepada 1.14


KADAR kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 semalam naik kepada 1.14 berbanding 1.09 pada Selasa, merupakan peningkatan selama empat hari sejak hujung minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menyiarkan di Twitter yang R0 di seluruh negara adalah 1.14 pada 14 April, naik dari 1.03 pada 10 April. Ia menurun dari 1.06 sehari sebelumnya.

R0 1.0 dianggap perlu untuk mencegah penyebaran jangkitan baharu. Pada kadar ini, seorang pesakit Covid-19 boleh menjangkiti hanya seorang lagi.

Kementerian Kesihatan mensasarkan R0 kurang dari 1.0, yang dicapai oleh Malaysia antara 26 Mac hingga 2 April.

Carta yang dipaparkan Noor Hisham di Twitter menunjukkan sejak 1 Januari hingga 25 Mac, R0 juga berada di bawah 1.0, bertepatan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di beberapa negeri bermula 13 Januari hingga 4 Mac.

Ia kemudian digantikan dengan PKP bersyarat, yang berbeza berbanding sekatan pergerakan tahun lalu dengan garis panduan lebih longgar berhubung aktiviti perniagaan dan sosial.

Malaysia semalam mencatatkan 1,889 jangkitan baharu Covid-19, jumlah kes harian terbaharu yang tertinggi dalam tempoh 40 hari.

Kes aktif juga meningkat dan kini berjumlah 16,696. – 15 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen