MIC pada masa ini akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekerjasama dengan Bersatu, walaupun parti itu sedang bermasalah dengan Umno, kata Presiden MIC S.A. Vigneswaran.
“Umno minggu lalu membuat keputusan untuk berhenti bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Bagi MIC, kami hormati keputusan itu atas semangat perpaduan Barisan Nasional (BN).
“Namun, MIC pada masa ini akan menyokong pentadbiran Muhyiddin dan bekerjasama dengan Bersatu sehingga ada perkembangan baharu daripada keputusan majlis tertinggi BN.
“Kita tunggu dan lihat pergerakan politik untuk masa depan terdekat ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar mesyurat agung tahunan MIC hari ini.
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu turut serta pada mesyuarat itu dan menyampaikan ucapan secara maya.
Minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, PKR dan DAP pada PRU15.
Beliau berkata Umno akan kekal dengan pendirian bertanding sendirian pada PRU15 dengan menggunakan simbol BN. – 3 April, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen