Tidak perlu kelulusan Parlimen guna dana di bawah ordinan darurat


KERAJAAN mewartakan pindaan baharu kepada Ordinan Darurat yang membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan belanjawan tambahan atau menggunakan dana disatukan tanpa kelulusan legislatif.

Pindaan itu, yang dipersetujui oleh Yang Di-Pertuan Agong, berkuat kuasa pada 31 Mac 2021.

Dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat adalah Seksyen 10a yang menyatakan semua kelulusan legislatif untuk perbelanjaan kerajaan, sama ada Dewan Rakyat atau DUN, akan ditangguhkan sepanjang darurat.

Sebaliknya, kelulusan bagi sebarang “peruntukan kewangan sementara” boleh diberikan oleh Jabatan Perbendaharaan, menteri besar atau ketua menteri.

Dimasukkan juga Bahagian 10b yang menyatakan undang-undang berkaitan penggunaan dana di bawah  Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 akan digantung selama tempoh darurat.

Darurat yang bermula pada 11 Januari, dijadualkan berakhir pada 1 Ogos. – 31 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen