Tiga kluster Covid-19 baharu hari ini


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketiga-tiga kluster itu terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak, keseluruhan 45 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2021.

HANYA tiga kluster Covid-19 baharu dilaporkan dalam 24 jam ini, dua berkait tempat kerja dan satu melibatkan jangkitan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketiga-tiga kluster itu terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak, keseluruhan 45 kes.

Dalam 24 jam ini juga, 43 kluster melaporkan peningkatan kes.

Kluster yang mempunyai jumlah kes baharu tertinggi hari ini adalah kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), kluster Teknologi Bukit Minyak (58 kes), dan kluster Batu 22 (46 kes).

Jumlah kluster baharu hari ini dilaporkan bersama kes positif sebanyak 941, pertama kali dilaporkan rendah sejak kali terakhir pada 9 Disember lalu.

Tiga kluster baharu dilaporkan hari ini adalah:

1. Seksyen 16, kelompok tempat kerja yang merebak di Hulu Langat dan Sepang di Selangor, bermula dengan pusat pendidikan di Bandar Baru Bangi. Kluster ini melaporkan 18 jangkitan.

2. Jalan Azlan, kelompok tempat kerja di Kepong dan Titiwangsa di Kuala Lumpur, melibatkan pejabat awam di Jalan Sultan Azlan Shah, dengan sembilan jangkitan.

3. Taman Vistagro, kluster komuniti di Sri Aman, Sabah, di mana kes indeks diuji positif selepas ujian saringan. Kini 18 orang dijangkiti dalam kluster tersebut. – 29 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen