Biar rakyat Iran tentukan hak mereka


SAYA ingin mengucapkan syabas kepada rakyat Iran. Apabila berlaku kenaikan harga barang, urusan ekonomi tidak memihak kepada rakyat, maka anak-anak muda dan rakyat bangun dan keluar ke jalan raya menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Namun apa yang pelik, mengapa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat sokongan terbuka di hari partama himpunan itu termasuk juga Perdana Menteri Israel Netanyahu yang membuat rakaman video khas menyokong demonstrasi itu.

Biarlah rakyat Iran menentukan hak mereka. Mengapa Amerika dan Isrel begitu berminat untuk menyokong demonstrasi itu sedangkan di negara lain pemerintah melakukan kekejaman namun mereka tidak mempedulikan?

Janganlah kerana berkuasa, mereka boleh berbuat apa sahaja untuk negara yang dianggap lawan mereka di Timur Tengah. – 3 Januari, 2018.

*Mohamad Sabu adalah presiden Amanah.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Saya setujui pendapat anda..dalam Malaysia melambak lambak masalah kita tak selesai terutama yg islam..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Jayborn87 Bornnotbond · Ulasan