Pilihan raya presiden Niger, mahkamah sahkan kemenangan Bazoum


Kemenangan Mohamed Bazoum diumumkan pada 23 Februari oleh Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya Nasional dengan 55.75% berbanding lawannya. – Gambar EPA, 22 Mac, 2021.

MAHKAMAH Perlembagaan Niger Ahad malam mengesahkan kemenangan calon parti Demokrasi dan Sosialisme Mohamed Bazoum, dalam pilihan raya presiden bulan lalu, lapor Agensi Anadolu.

Bazoum, pengerusi parti pemerintah, memenangi pilihan raya 21 Februari dengan 55.66% undi berbanding pesaingnya calon parti Pembaharuan Demokratik dan Republik Mahamane Ousmane 44.34%, menurut keputusan akhir dari Mahkamah Perlembagaan.

Kemenangan Bazoum diumumkan pada 23 Februari oleh Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya Nasional dengan 55.75% berbanding 44.25% untuk Ousmane.

Ousmane membantah keputusan dan mengemukan rayuan. 

Bazoum akan mengangkat sumpah pada 2 April dan menggantikan Mahamadou Issoufou.

Menurut Perlembagaan Niger, Presiden Issoufou tidak boleh mencalonkan diri untuk penggal ketiga.

Presiden baharu Niger itu berikrar untuk meneruskan usaha bersungguh-sungguh melawan keganasan dan mengutamakan keamanan. – Bernama, 22 Mac, 2021.  



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen