Janji Dr Mahathir mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai, kata Salleh 


Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak berkata janji terbahru yang dibuat oleh Dr Mahathir untuk kembalikan kebebasan bersuara adalah "sukar dipercayai". – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2017.

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai ‘sukar dipercayai’.

“Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Najib Razak berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?” katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my. 

Beliau berkata Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib…Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.

“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” kata Salleh.

Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa mesyuarat agung tahunan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini. – Bernama, 30 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mmg xle dipercayai sampai geng2 bugis lanun pun terkejut

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Kita memang percaya buku buku tidak akan ditahan seperti apa yang berlaku sekarang.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan

  • Fitnah Tun M terhadap Najib diterima senyap saja. Apa terjadi kepada pemimpin kita yang amat dihormati?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan