Lelaki Australia ditemukan selamat selepas hilang 2 minggu


Robert Weber, 58, mampu bertahan untuk meneruskan hidup selepas hanya meminum air di empangan dan memakan cendawan. – Gambar Facebook, 24 Januari, 2021.

SEORANG lelaki ditemukan selamat selepas lebih dua minggu hilang dalam hutan di Australia.

Robert Weber, 58, mampu bertahan untuk meneruskan hidup selepas hanya meminum air di empangan dan memakan cendawan.

Dia ditemukan berdekatan sebuah empangan oleh seoarang penduduk tempatan pada pagi Ahad selepas kali terakhir dilihat meninggalkan sebuah hotel di Kilkivan, kira-kira 200 kilometer dari utara Brisbane.

Siasatan polis mendapati Weber didapati sesat kerana tidak mengetahui selok belok jalan di kawasan tgersebut.

“Dia tinggal dalam kereta bersama anjingnya selama tiga hari sebelum kehabisan air.

“Kemudian dia mula meneroka hutan dan sesat,” kata polis dalam satu kenyataan.

Weber kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan dilaporkan stabil manakala anjingnya gagal ditemui. – AFP, 24 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen