Amboi, ‘hot’nya wanita Islam


Fa Abdul

AKU terkejut biawak membaca nasihat Ustaz Azhar Idrus yang telah melarang wanita Islam mengambil foto di kedai milik lelaki bukan-Islam menerusi sebuah artikel soal-jawab agama yang diterbitkan oleh Harakahdaily baru-baru ini.

Kata beliau, wanita Islam tidak harus mengizinkan gambarnya dipegang oleh orang lelaki bukan Islam kerana perbuatan itu akan menjurus kepada zina. Terang beliau lagi, bermula dari saat menatap gambar, akan melahirkan perasan rindu dan seterusnya mengadakan pertemuan.

Amboi, tak ku sangka wanita Islam begitu ‘power’ sekali. Dengan hanya sekeping foto, wanita Islam mampu membikin mana-mana lelaki bukan-Islam jatuh cinta padanya hingga haru-biru melayan perasaan, menjadi rindu, angau dan penuh rasa berahi.

Mesti ‘hot’ kan, wanita Islam?

Patutlah lelaki Islam berbini sampai empat orang – sebab wanita Islam terlampau ‘hot’, iya tak?

Tetapi aku pelik juga, kenapa pula Ustaz Azhar tidak menegah wanita Islam mengambil gambar di kedai lelaki Islam, sebaliknya beliau asyik menekankan larangan bergambar di kedai lelaki kafir?

Adakah kerana lelaki Islam kurang sifat kelelakian jika dibandingkan dengan lelaki bukan-Islam sehingga menyebabkan gambar foto wanita Islam yang serba-serbi ‘hot’ gagal menaikkan nafsu syahwat mereka, sebaliknya mampu memberi kesyokkan hanya kepada para lelaki bukan-Islam?

Mungkin juga.

Ah, patutlah ramai lelaki Islam suka mengambil bermacam jenis minuman bagi mengembalikan kejantanan mereka – contohnya Tongkat Ali, Kopi Panggung serta Kopi Jantan, manakala lelaki kafir tidak memerlukan apa-apa bantuan membuktikan kejantanan mereka.

Agaknya lelaki kafir lebih “uumph” daripada lelaki Islam.

Sebagai seorang lelaki Islam, pasti Ustaz Azhar lebih arif tentang hal ini – maklumlah, beliau sendiri sudah berbini tiga. (Jangan marah ya Ustaz, nanti aku belanja minum Kopi Panggung)

Tapi aku juga berasa sedikit hairan. Jika benar lelaki bukan Islam mudah menjurus kepada perbuatan zina dek kerana ke-hot-an wanita Islam, mengapa pula kes-kes khalwat, rogol dan sumbang mahram hanya melibatkan pasangan lelaki dan wanita Islam ?

Jika benarlah lelaki bukan Islam tidak mampu mengawal emosinya tatkala berhadapan dengan wanita Islam (hinggakan sekeping foto pun boleh menyebabkannya mahu berzina), mengapa pula jarang-jarang sekali kita dengar akan kes lelaki bukan Islam melakukan perbuatan mungkar dengan pasangan wanita beragama Islam?

Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Fikir punya fikir, aku pun mengambil jalan mudah dengan bertanya sendiri kepada rakan lelaki aku yang tidak beragama Islam.

“Do you think Muslim women are hot?” tanyaku pada rakanku, David, yang ketika ini sedang rancak berbasikal mengelilingi dunia.

Pada sangkaan aku, David yang bersua dengan bermacam-macam orang di serata pelusuk dunia serta suka mengambil gambar mereka, pasti dapat memberikan jawapan yang bernas dan masuk akal.

“I think women are generally hot (Aku rasa wanita semuanya ‘hot’),” balas David.

“Hah, ini baru betul bunyinya,” detik hati aku.

“Is it true that non-Muslim men like you would go googoo-gaga upon seeing a picture of a hot Muslim woman (Betulkah lelaki bukan Islam seperti kamu cepat naik syok apabila melihat gambar seorang wanita Islam yang ‘hot’)?” aku tanya lagi, inginkan kepastian.

“Well, I cannot speak for the rest, tapi bagi aku, bila tengok gambar wanita ‘hot’, tak kisahlah Muslim ke tak, memanglah aku naik syok,” terang David.

Betul juga tu. Kan lumrah alam, lelaki akan tertarik pada wanita, tak kisahlah lelaki itu Cina ke, Melayu ke, India ke, orang Eropah ke, orang Afrika ke, orang kutub utara ke, orang bunian ke, orang BN ke, orang PAS ke – rata-ratanya kalau dah bergelar lelaki, tentu akan syok pada yang bergelar wanita.

“It has nothing to do with religionlah, Fa. Fantasi seksual dan daya tarikan fizikal adalah sebahagian daripada sifat manusia dan semua orang yang berotak memang dah tahu akan hal ini – well maybe except for some maniacs who are mentally troubled,” ujar David.

Aku tergelak mendengar respon David itu.

Tapi betul juga kata-kata David itu. Kalau hanya lelaki bukan Islam yang naik syok memandang wanita, mungkin ada ‘wayar yang dah longgar’ di dalam tubuh badan lelaki Islam. Untuk membetulkan wayar tersebut, aku rasa baiklah mereka cepat-cepat berjumpa pakar kesihatan sebelum ia melarat.

Cuma nasihat aku, bagi lelaki Islam yang mahu berbuat demikian, tolonglah jangan cari pakar sakit jiwa wanita ye. Bukan apa, takut ditegur Ustaz Azhar pulak nanti. Maklumlah, Ustaz Azhar kan selalu suka bercakap tentang isu-isu remeh-temeh tapi sensasi. – 28 Disember, 2017.

*

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Your friend David is right. The Ustaz is simply positioning himself as the guardian of women when women themselves are perfectly capable of taking care of themselves. Don't these pious people have more worrying things to care about, like the plight of their fellow Muslims in Yemen and the state of welfare of our orphans?

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Carl Chang · Ulasan

  • Is this the same retard Ustaz where the videos are flying around with him having sexual exploits with a woman and now the audacity of him expounding virtues. What a baloney!!!!!!!!!!. Putting the religion in a bad limelight and a mockery of the clergy.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Lee Lee · Ulasan

  • Now a days Ustaz wants to control the muslim women without justified cause. If the muslim women keep silent where they will land up is everybody guess.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Mohanarajan murugeson · Ulasan

  • During my teenage years in the fifties we nons admired muslim women who were "hot" in their sarong kebayas.Today we still admire beauty, in spite of bigots like these who can't handle the power of beauty and try to monopolize and cover it up because they cannot compete with others.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Bala Menon · Ulasan