Trump tinggalkan surat untuk Biden


Presiden AS Joe Biden berkata bekas presiden Donald Trump mengekalkan tradisi dengan meninggalkannya sepucuk surat di White House. – Gambar AFP, 21 Januari, 2021.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata bekas presiden Donald Trump mengekalkan tradisi dengan meninggalkannya sepucuk surat yang “sangat pemurah”  di Oval Office, di White House.

“Presiden tulis surat yang sangat pemurah,” kata Biden kepada wartawan di White House.

“Oleh kerana ia peribadi, saya tidak akan bercakap mengenainya sebelum saya bercakap dengan beliau,” katanya.

Sebelum semalam, tidak pasti sama ada Trump akan mengekalkan tradisi presiden yang bakal meninggalkan jawatan untuk meninggalkan nota kepada pengganti, susulan beliau memilih untuk tidak menghadiri acara pelantikan Biden dan tidak pernah secara rasmi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada pilihan raya presiden lalu. – AFP, 21 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen