Pengusaha katering tukar strategi kekalkan perniagaan semasa pandemik


Hailey Chung Wee Kye

Syarikat katering Big Rajah yang sudah menjalankan perniagaan katering makanan selama 20 tahun kini terpaksa menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk terus bertahan. – Gambar The Malaysian Insight, 18 Januari, 2021.

INDUSTRI katering makanan yang terjejas teruk berikutan pembatalan program dan majlis sosial akibat pandemik Covid-19 sedang mencari jalan lain untuk terus bertahan termasuk menjalankan khidmat penghantaran makanan, kata pemain industri.

Mereka sedar hanya dengan cara itu sahaja perniagaan boleh bertahan untuk seketika selain tidak mempunyai pilihan lain untuk membayar bil dan gaji pekerja.

Beberapa syarikat juga sudah berada di dalam industri ini untuk waktu yang lama dan mempunyai reputasi besar dalam tempoh berkenaan.

Syarikat katering Big Rajah sudah menjalankan perniagaan katering makanan selama 20 tahun sementara pengasas dan ketua pegawai eksekutifnya Dr John William Xavier sudah berada dalam industri ini selama 35 hingga 40 tahun.

“Kami bangga dengan jenama kami, dan penghantaran makanan bukanlah kelebihan kami.

“Untuk dua bulan pertama Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu, saya mengelak dari perkara seperti itu, tetapi bukan pilihan jika saya mahu tukang masak saya tetap sibuk dan mesin berfungsi,” katanya kepada The Malaysia Insight.

Big Rajah kebiasaannya menyediakan perkhidmatan minimum 50 orang tetapi perjumpaan sosial telah berkurangan dengan ketara akibat wabak.

“Setiap hari kami menyediakan iklan untuk memberitahu pelanggan bahawa kami masih beroperasi.  

“Big Rajah memerlukan RM500,000 sebulan untuk menanggung kos bahan. Selepas berusaha keras, kami memperoleh RM60,000 yang sama sekali tidak mencukupi.

John berkata ini adalah kisah perniagaan mereka sejak 10 hingga 11 bulan lalu sejak ekonomi terjejas akibat Covid-19.

“Ia menjadi hobi saya untuk berfikir di luar kotak kerana kita mencipta semula dan berinovasi setiap bulan.

“Tetapi adakah kita dapat untung? Tidak. Jauh sekali, saya sebenarnya rugi besar,” katanya.

Menurutnya, matlamat mereka untuk bertahan selama lima hingga enam bulan lagi dan ketiga pasaran kembali, maka sudah tiba masanya untuk pulihkan kerugian.

“Kami agak ikonik dalam industri makanan dan sangat menyedihkan jika kami tutup,” katanya.

John merupakan generasi ketiga dalam perniagaan keluarga berkenaan selepas ayahnya JJ Xavier yang dianugerahkan “Bapa Perintis Katering Makanan” oleh Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia. – 18 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen