Pakatan Sarawak 'delusi' berhubung peluang menang pilihan raya, kata penganalisis


Desmond Davidson

Pakatan Harapan di Sarawak menganggap mereka mampu menang besar dalam PRN yang bakal diadakan Ogos tahun ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2021.

PAKATAN Harapan Sarawak terlalu yakin untuk bertanding di semua 82 kerusi DUN tanpa sekutu pembangkang lain dalam pilihan raya negeri akan datang, kata saintis politik Jayum Jawan.

Profesor Universiti Putra Malaysia itu berkata bahawa “delusi” Pakatan di Sarawak berpunca apabila mereka menganggap mampu menang besar dalam PRN yang bakal diadakan Ogos tahun ini.

“Mereka terlalu yakin dan terlampau percaya dengan kekuatan dan daya tarik mereka,” kata saintis politik kelahiran Sarawak itu kepada The Malaysian Insight.

Hujah beliau mengenai delusi Pakatan itu memandang bagaimana DAP Sarawak, walaupun pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat, gagal menunaikan janji mereka kepada penyokong.

Sementara itu, PKR Sarawak juga kehilangan tiga orang Adun yang melompat parti berikutan perubahan kerajaan persekutuan pada bulan Mac tahun lalu, menjejaskan kedudukan kepemimpinan PKR di semua peringkat di negeri ini.

Walaupun kelemahan tersebut jelas, Pakatan Harapan Sarawak minggu lalu tetap mahu bertanding di 82 kerusi dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Sarawak ke-12 yang bakal dilaksanakan.

Gabungan itu juga telah membuat perjanjian berhubung pembahagian kerusi, yang memberikan PKR lebih daripada separuh kerusi DUN.

Pengumuman itu juga menandakan akan berakhir semua perbincangan mengenai kerjasama politik dengan parti pembangkang lain, seperti Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Kelemahan parti

Dalam pecahan kerusi di mana parti-parti Pakatan akan bertanding, PKR mengambil 47 kerusi yang sebahagian besarnya diserahkan oleh DAP dan Amanah, yang tidak bernasib baik dalam pilihan raya negeri 2016 sebelum ini.

DAP pula akan bertanding di 26 kerusi sementara Amanah hanya akan bertanding di sembilan kerusi.

Jayum berkata Pakatan Sarawak tidak memiliki apa yang diperlukan untuk menang di Sarawak.

“Mereka berdelusi kerana masih mabuk dengan kemenangan yang tidak dijangka tidak dijangka pada PRU 2018,” katanya.

DAP memenangi keenam-enam kerusi yang ditandinginya pada tahun 2018, namun menunjukkan prestasi buruk dua tahun sebelum itu dalam PRN 2016 selepas kalah lima dari 12 kerusi yang dipertandingkan.

Jayum tidak menganggap parti yang dilihat sebagai parti terkuat dalam pakatan pembangkang, akan menunjukkan prestasi lebih baik, dan bahkan mungkin kehilangan lebih banyak kerusi, kerana prestasi mereka ketika berada dalam pentadbiran kerajaan pusat selama 22 bulan.

Sementara itu, PKR pula kehilangan ketua partinya di Sarawak iaitu Baru Bian Adun Ba ’Kelalan, juga bekas naib ketuanya See Chee How (Batu Lintang) dan Ali Biju (Krian). – 10 Januari, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen