2,451 kes baharu Covid-19 dicatat hari ini


Aminah Farid

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan di Selangor kini berjumlah 38,997, diikuti Sabah dengan 409 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2020.

MALAYSIA mencatat 2,451 kes baharu Covid-19 dan lima kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, Selangor mencatat kes harian tertinggi hari ini, merangkumi 564 kes.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan di negeri tersebut kini berjumlah 38,997, diikuti Sabah dengan 409 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 351 kes.

Beliau turut berkata daripada jumlah kes yang dicatatkan hari ini, sebanyak 327 kes berkaitan dengan kluster di penjara, pusat tahanan imigresen, dan lokap.

Sementara itu, jumlah kes pulih ketika ini mencatat angka 106,832 dengan 1,401 kes pulih baharu dalam tempoh 24 jam.

Dua kematian dicatatkan di Lembah Klang, sementara tiga kematian lain di Johor.

Kesemua kes kematian itu adalah lelaki berusia antara enam puluh hingga lapan puluh tujuh tahun, mereka memiliki penyakit kronik .

Setakat ini, terdapat 177 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 82 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – 9 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen