Pemuda Umno beri kepercayaan pada polis siasat skandal tanah Felda


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (kiri) berkata skandal pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak perlu disiasat dengan segera supaya mereka yang bersalah boleh dihadapkan ke muka pengadilan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Disember, 2017.

PEMUDA Umno memberi kepercayaan penuh kepada polis untuk melaksanakan siasatan berhubung kes penipuan urusan pertukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, perkara itu harus disiasat dengan segera supaya mereka yang bersalah boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

“Kita yakin dengan polis dan pengurusan Felda Shahrir Abdul Samad boleh mengendalikan isu ini dengan baik.

“Harapan kita agar siasatan dibuat dengan segera dan jika wujud penipuan individu yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Khamis lalu, akhbar pro kerajaan Berita Harian mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan urusan pindah hak milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Bagaimanapun, pada Sabtu akhbar yang sama melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak yang diambil alih untuk dimajukan pembangunan bercampur projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dianggarkan mencecah kira-kira RM1 bilion tetapi dijual dengan harga lebih murah RM270 juta.

Empat hari lalu, Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengatakan tiada unsur rasuah dalam penjualan tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. – 25 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Cukong siasat cukong

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Cukong siasat cukong

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Cukong siasat cukong

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Cukong siasat cukong

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • Cukong siasat cukong

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • "PEMUDA Umno memberi kepercayaan penuh kepada polis untuk melaksanakan siasatan berhubung kes penipuan urusan pertukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur"

    Bengong dia nih..sapa lagi yang bokeh siasat kes felda klu bukan polis..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan