Ebit Lew bantu keluarga tinggal dalam kereta


Aminah Farid

Ebit Lew tampil membantu keluarga yang tinggal dalam kereta sejak lapan bulan lalu. – Gambar Facebook, 25 Disember, 2020.

PENDAKWAH yang juga usahawan terkemuka, Ebit Liew tampil membantu lima beranak termasuk seorang bayi berusia lapan bulan di Pulau Pinang yang tinggal dalam kereta sejak lapan bulan lalu.
 
Dalam satu coretan di Facebook, Ebit berkata beliau mengetahui berita keluarga itu semalam dan membuat persediaan untuk membantu mereka.

Menurut laporan media semalam, Ganesh, 33 bersama isterinya Parameswari, 32 kehilangan rumah akibat kebakaran pada Mei, sekali gus terpaksa tinggal dalam kereta kerana tidak mempunyai pilihan.

Ganesh dan keluarganya tidak mampu menyewa bilik kerana ejen meminta wang deposit yang tinggi.

“Menangis sebak semalam masa di Johor Baharu terbaca pasal Ganesh dan isteri Parameswari serta 3 anak kecil tidur 8 bulan dalam kereta. 

“Sedihnya 8 bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja guard (pengawal keselamatan) malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan 4. 

“Semua habis musnah. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta,” tulisnya.

Ebit berkata beliau membiayai kos rumah sewa selama sebulan sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan rumah PPRT diluluskan walaupun telah memohon sebanyak dua kali.

“Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira. 

Ebit berkata dia turut hadiahkan kepada keluarga itu peralatan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk dan sebagainya.
 
“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih.

“Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.” – 25 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen