1,880 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19


Aminah Farid

Sejak 15 Disember, seramai 52,593 pekerja kesihatan menjalani saringan Covid-19 dan seramai 1,880 petugas kesihatan diuji positif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2020.

SERAMAI 1,880 petugas kesihatan diuji positif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata sejak 15 Disember, seramai 52,593 pekerja kesihatan disaring.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga sudah diberitahu mengenai peningkatan jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan di zon merah dan lokasi berisiko tinggi.

“Berdasarkan penyelidikan Kementerian Kesihatan, kebanyakan jangkitan itu datang dari petugas kesihatan (33%) dan komuniti (33%),” katanya.

Pengumuman yang dibuat Dr Noor Hisham dibuat sehari selepas beliau mendedahkan bahawa beberapa petugas kesihatan pergi bekerja walaupun menunjukkan gegala Covid-19.

“KKM ingin menekankan mengenai pentingnya mematuhi langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan semasa bekerja di kemudahan kesihatan dan terutamanya komuniti,” katanya dalam satu kenyataan. – 22 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen