Jumlah jangkitan Covid-19 di Lembah Klang mengatasi Sabah


Aminah Farid

Selangor masih melaporkan jumlah harian kes Covid-19 tertinggi dengan 1,014 kes hari ini diikuti Kuala Lumpur dengan 504 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2020.

LEMBAH Klang telah mengatasi jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah apabila merekodkan 37,592 kes kumulatif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Selangor masih melaporkan jumlah harian tertinggi dengan 1,014 kes hari ini diikuti Kuala Lumpur dengan 504 kes.

Sementara itu Sabah mencatatkan 252 kes baharu menjadikan kes kumulatifnya 34,977 dengan hanya satu kluster dikesan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 1,014 kes atau 49.2% daripada jumlah hari ini.

Dr Noor Hisham berkata lebih 80% kes di negeri ini dikesan dari kluster sedia ada dan pemeriksaan kontak rapat.

“Daripada jumlah kes baharu di Selangor, 887 kes atau 87.5% jangkitan di negeri ini adalah dari kluster sedia ada dan pemeriksaan kontak rapat,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak lapan kluster baharu Covid-19 dikesan hari di mana lima di Lembah Klang. – 22 Disember, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen