Tanpa pembaharuan, RM1 bilion pun tak akan selesaikan masalah Orang Asli


Aminah Farid

Putrajaya dalam Belanjawan 2021 memperuntukkan RM158 juta untuk komuniti Orang Asli. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2020.

MASALAH Orang Asli tidak akan dapat diselesaikan dengan wang selagi mana tiada hasrat politik bagi mengiktiraf hak mereka, kata aktivis.

Tambah mereka, kerajaan juga perlu melaksanakan pembaharuan institusi yang sepatutnya membantu Orang Asli.

Penyelaras Center for Orang Asli Concerns (COAC) Dr Colin Nicholas juga mempersoalkan tentang sistem sedia ada yang hanya mengeksploitasi komuniti yang sudah lama terpinggir itu.

“Walaupun satu bilion ringgit diberikan kepada komuniti Orang Asli, ia tidak akan menyelesaikan kemiskinan mereka selagi mana tiada pembaharuan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, komuniti itu perlu diperkasa bagi menentukan projek atau program yang sesuai untuk mereka.

“Mereka patutnya diberikan hak untuk menentukan apa yang mereka mahu dan bagaimana ia dilakukan,” katanya.

Beliau mengulas peruntukan Putrajaya dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM158 juta untuk komuniti Orang Asli.

Peruntukan itu adalah untuk pelaksanaan program termasuklah program bantuan sosial dan program pembangunan berintegrasi untuk perkampungan Orang Asli.

Menerusi peruntukan itu, kerajaan juga akan menambahbaik dan membina 14 tadika di Pos Slim Sungai Kinta, Perak, dan Pos Sungai Kelai Jempol, Negeri Sembilan.

RM5 juta lagi pula diperuntukkan untuk menjalankan kajian persempadanan tanah di 21 perkampungan Orang Asli.

Selain itu, sejumlah RM41 juta akan diperuntukkan kepada program hak dan adat di Sabah dan Sarawak.

Dana itu akan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Bagaimanapun, menurut Colin sekiranya RM158 juta itu dibahagikan kepada 200,000 Orang Asli di seluruh negara, ia hanya bersamaan RM79 untuk seorang selama setahun.

“Orang Asli tak dapat apa-apapun, walaupun selepas 65 tahun, mereka masih miskin, bukannya wang yang akan membasmi kemiskinan, ia adalah strategi, ia adalah dasar dan program yang anda perlu ubah,” katanya. – 21 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen