BELANJAWAN 2021 sepatutnya memberi peruntukan kepada pesakit bukan Covid-19 supaya mendapat rawatan di hospital swasta sementara kemudahan kesihatan awam digunakan sepenuhnya untuk melawan pandemik, kata Persatuan Hospital Swasta malaysia (APHM).
Cadangan berkenaan bukan untuk menguntungkan kemudahan swasta itu tetapi kerana adalah menjadai tanggungjawab kerajaan memastikan keselamatan kesihatan kepada semua orang.
APHM berkata, kerajaan telah pun bekerjasama dengan hospital swasta sepanjang pandemik ini.
Tatkala pandemik Covid-19 sedang mencanak naik dan dijangka berterusan sehingga tahun hadapan, kumpulan itu berkata kerajaan perlu merangka peruntukan.
“Kami kasihan dengan pesakit bukan Covid yang terpaksa menunggu lama sementara pekerja kesihatan sibuk memberi perhatian kepada pandemik,” kata presiden APHM Dr Kuljit Singh sebagai respon kepada pembentangan Belanjawan 2021 semalam.
Katanya cadangan APHM akan membuatkan hospital swasta memain peranan penting membantu beban yang dihadapi hospital awam.
“Kita tak boleh bantu mereka secara percuma, tapi lagi murah jika memberikan pesakit (bukan Covid) kepada kami dalam tempoh interim ini.”
Selain itu, APHM menghargai pengumuman Belanjawan 2021 yang memfokuskan kepada pengawalan dan pembendungan Covid-19.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan peruntukan yang tinggi bagi dana Covid-19 iaitu sebanyak RM20 bilion sehingga RM65 bilion.
Ini mengambil kira selepas gelombang pandemik dan juga keperluan peralatan yang diperlukan sehingga 2022.
Pakar kesihatan lain juga berkata RM31.94 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan di bawah Belanjawan 2021 tidak mencukupi, memandangkan kebanyakan fokus adalah untuk memerangi Covid-19. – 7 November, 2020.
Komen