Perjanjian keyakinan dan pembekalan jejas perlembagaan, kata pakar undang-undang


Aminah Farid

Presiden Hakam Dr Gurdial Singh Nijar perlembagaan akan lemah jika kerajaan yang tidak mendapat majoriti dalam Parlimen, disokong. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2020.

PERJANJIAN keyakinan dan pembekalan (CSA) untuk membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat laluan mudah meluluskan Belanjawan 2021 ketika kerajaan bilang majoritinya di Parlimen seumpamanya melemahkan Perlembagaan Persekutuan, kata pakar undang-undang Dr Gurdial Singh Nijar.

Beliau yang juga presiden Hakam berkata ahli politik tidak sepatutnya menjadikan Parlimen seperti anak syarikat kerajaan dengan cuba merangka satu CSA.

CSA ialah kerajaan dalam situasi Parlimen digantung yang mana pihak pembangkang bersetuju untuk tidak mengundi menentang kerajaan minoriti dalam undi tidak percaya atau urusan belanjawan tetapi masih berhak membantah rang undang-undang lain.

“Sekarang sudah sedia ada kerajaan yang sudah hilang kepercayaan, iaitu bermakna ia tidak ada perlembagaan atau moral dan asas undang-undang untuk terus mentadbir.

“Dan jika anda mula sokong kerajaan seperti ini, apa yang sebenarnya anda buat ialah melemahkan perlembagaan itu sendiri,” kata Gurdial pada sesi forum online anjuran Gabungan Bertindak Malaysia bertajuk “Kestabilan Politik ketika Covid”.

Bekas pensyarah undang-undang yang kini peguam itu berkata negara ini patut mengambil pendekatan mekanikal untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan perlembagaan.

“Perlembagaan itu organik. Ia mengambil kira keadaan sosial. Ia ambil kira apa yang sedang berlaku dalam negara, dengan cara yang sangat kreatif.

“Itulah konteks di mana kita beroperasi sekarang, dan kita patut selesaikan semua masalah kita berdasarkan kepada perlembagaan,” katanya.

Pada 25 Oktober, Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat bagi membolehkan kerajaan berdepan dengan pandemik Covid-19 dengan cara lebih berkesan.

Pengkritik berkata Muhyiddin mahukan darurat untuk menyelamatkan dirinya sendiri daripada usul undi tidak percaya di Parlimen yang mula bersidang Isnin lalu.

Wujud juga spekulasi bahawa pembangkang akan menolak Belanjawan 2021 sebagai cara menunjukkan tiada keyakinan terhadap kerajaan.

Sejak itu, kumpulan persatuan sivil dan tokoh pembangkang mencadangkan satu CSA yang boleh membantu Muhyiddin dalam mendapatkan sokongan dan belanjawan diluluskan di Parlimen.

Bagaimanapun, Muhyiddin berdepan bantahan daripada ahli Parlimen sendiri yang menolak idea CSA. – 4 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen