PKPB seluruh Sabah bermula Selasa ini, kata Ismail Sabri


Aminah Farid

Sabah menjadi tumpuan utama Malaysia dalam gelombang ketiga pandemik ini kerana negeri ini secara konsisten merekodkan kes paling tinggi sejak beberapa minggu lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 25 Oktober, 2020.

PELANJUTAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah sehingga 9 November ini meliputi kawasan yang sedang dalam tempoh PKPB, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yakoob.

PKPB yang dilanjutkan itu meliputi Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna, kata menteri pertahanan itu dalam kenyataan media hari ini.

“Semalam Kerajaan telah mengumumkan PKPB di seluruh negeri Sabah dilanjutkan dari 27 Oktober sehingga 9 November. Oleh itu lanjutan ini meliputi semua kawasan di Sabah.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berikutan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negara Sabah.

Semalam Malaysia mencatat rekod tertinggi harian Covid-19 iaitu sebanyak 1,228 kes yang mana 889 berpunca dari Sabah.

Sabah menjadi tumpuan utama Malaysia dalam gelombang ketiga pandemik ini kerana negeri ini secara konsisten merekodkan kes paling tinggi sejak beberapa minggu lalu.

Kini Malaysia seramai 8,966 kes aktif, dengan jumlah keseluruhan positif Covid-19 seramai 25,742. – 25 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen