Penganalisis sepakat GPS bakal menang PRN Sarawak 


Desmond Davidson

PRN Sarawak kali ini menyaksikan Ketua Menteri Abang Johari Openg bertanggung jawab terhadap kempen untuk mendapatkan mandatnya sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2020.

PENGANALISIS yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memenangi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, dekan kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu dari Kakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Jayum Jawan; dan profesor dari kajian Asia Universiti Tasmania, James Chin, berbeza pendapat mengenai margin kemenangan.

Ketika Chin berkata gabungan itu mungkin hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri 82 kerusi itu, Jayum berpendapat GPS boleh menang dengan selesa tetapi “berharap ia bukan dua pertiga”.

Pada PRN 2016, empat parti GPS - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) - berada di bawah Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh ketua menteri ketika itu, Allahyarham Adenan Satem. 

Mereka mengalahkan pembangkang semasa pilihan raya itu, yang menyaksikan DAP kehilangan lima daripada 12 kerusi yang mereka miliki sebelum pembubaran dewan sementara PKR berjaya mempertahankan tiga kerusi mereka.

PAS dan parti serpihannya, Amanah, gagal memenangi sebarang kerusi.

Pada webinar “Dilema burung enggang: Menjelang PRN Sarawak” malam tadi, Chin berkata walaupun di atas kertas menunjukkan GPS akan menang, tapi beliau lebih memberi perhatian kepada margin kemenangan.

Chin berkata adalah PRN kali ini menyaksikan Ketua Menteri Abang Johari Openg bertanggung jawab terhadap kempen untuk mendapatkan mandatnya sendiri dan pilihan raya akan datang selepas PRU 2018 yang mengubah landskap politik negara. – 15 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen