PENJELASAN kabur kerajaan negeri Selangor untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) sebenarnya menambahkan bingung kata kumpulan masyarakat sivil.
“Kurangnya ketelusan tentang KLNFR sangat membimbangkan, tambahan dengan statusnya sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
“Kawasan itu dilindungi di bawah Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN-3), Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, dan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030.”
Hutan gambut seluas 931 hektar berusia sekitar 8,000 tahun itu telah diwartakan sebagai hutan simpan pada 1927. Dikatakan pada waktu itu, kawasan itu meliputi hampir 7,247 hektar.
“Apa tujuan mewartakan kalau boleh diubah dengan mudah?” kata kumpulan masyarakat sivil itu.
Kerajaan Selangor tidak memberikan justifikasi sah dan saintifik, malah tidak pula menjelaskan tentang faedah penyahwartaan itu buat rakyat.
“Menteri Besar Incorporated memohon penyahwartaan, sedangkan menteri besar sendiri ada dalam jawatankuasa untuk membuat keputusan,” kata kumpulan masyarakat sivil itu merujuk kepada konflik kepentingan.
Mereka menuntut kerajaan negeri menunjukkan ketelusan dan menyeru supaya rakyat turut terlibat dalam sebarang keputusan.
“Penduduk Kuala Langat, terutamanya masyarakat Orang Asli berhak tahu siapa yang ada di belakang penyahwartaan ini, apakah tujuan tanah itu nanti, dan bagaimana mereka akan mendapat faedah.
“Dan jika mereka tidak yakin, kerajaan negeri petut dengar pandangan mereka.”
Laporan menunjukkan bahawa penempatan semula ini akan menggantikan hampir 2000 orang Temu dari tanah leluhur mereka.
Pada 29 September, masyarakat Orang Asli lantang dengan pendapat mereka dan tidak puas hati ketika mesyuarat perbandaran di Pulau Carey.
Malaysia menandatangani Deklarasi PBB mengenai Hak-hak Orang Asli (UNDRIP) yang menyatakan masyarakat peribumi tidak boleh diganggu dan dipindahkan secara paksa dari tanah mereka, tambah kumpulan masyarakat sivil itu.
Kumpulan masyarakat sivil itu termasuklah Suaram (Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat, Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia - KAMY), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), EMPOWER Malaysia, Greenpeace Malaysia, Gerimis Art Projek, Pusat Kesenian Lima, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Lebih daripada 45,000 surat bantahan telah dihantar oleh orang ramai untuk menolak cadangan penyahwartaan itu.
KLNFR juga merupakan rumah bagi spesis yang terancam seperti Beruang Madu, Tupai Terbang Sleangor dan Ikan Laga Merah Langat.
Ketika keadaan iklim global yang semakin buruk ini, KLNFR berfungsi sebagai penyerap karbon semula jadi.
KLNFR akan melepaskan 5.5 juta tan karbon dioksida (CO2), yang tidak sejajar dengan komitmen Perjanjian Paris (PA) untuk mengurangkan 45% gas rumah hijau menjelang 2030. – 10 Oktober, 2020.
Komen