2,000 penduduk Kuala Langat disaring Covid-19


Anggota tentera berkawal di jalan masuk ke Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni, Bukit Changgang di Kuala Langat yang dikenakan PKPD susulan 20 kes Covid-19 dikesan di situ. – Gambar The Malaysian Insigt oleh Hasnoor Hussain, 3 Jun, 2020.

PIHAK berkuasa menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap 2,000 penduduk dari dua kawasan perumahan di Kuala Langat dan mengenakan kuarantin terhadap 114 individu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Azizan Tukiman berkata terdapat lebih 7,000 individu belum disaring.

Jabatan Kesihatan mungkin memerlukan masa hingga 6 Jun untuk selesai semua ujian saringan, katanya pada sidang akhbar di Kuala Langat hari ini.

“Terdapat kira-kira 9,000 penduduk di dua kawasan perumahan ini dan setakat ini 2,000 sudah disaring.

“Lebih 7,000 belum disaring dan ujian saringan sedang dijalankan. Kami menganggarkan ujian akan selesai pada 6 Jun,” katanya.

Menteri Kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakub dijangka membuat pengumuman berkenaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan separa (PKPD) di kawasan itu pada taklimat hariannya hari ini.

Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni di Bukit Changgang dilaporkan dikenakan perintah berkurung selepas lebih 20 warga asing di situ didapati positif Covid-19.

Pagar dan kawat duri dipasang sekitar dua kawasan itu lewat malam semalam dan pengumuman rasmi dijangka har ini.

PKPD sebelum ini dikenakan di on Jalan Masjid India, Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Menara City One di Kuala Lumpur; Old Town Petaling Jaya dan Hulu Langat, serta Simpang Renggam di Johor.

PKP di seluruh negara dikuatkuasakan pada 18 Mac dan digantikan dengan PKP bersyarat pada 4 Mei, yang dijadualkan tamat pada 9 Jun.

Namun, pihak berkuasa berkata walaupun sekatan ditarik balik, mereka akan terus mengenakan kawalan separa atau perintah berkurung di kawasan tertentu di mana Covid-19 dikesan. – 3 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen