Peranan DAP Sarawak sebagai 'kingmaker' diragui


Desmond Davidson

DAP Sarawak berkata berkata 'norma baharu' dalam politik Malaysia sekarang tidak lagi perlu menang 50% kerusi untuk berkuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2020.

KENYATAAN DAP Sarawak yang ia tidak akan menang pilihan raya negeri akan datang tidak mengejutkan, tidak seperti dakwaan Chong Chieng Jen yang ia ingin menjadi “kingmaker”.

Ketua parti negeri berkata “norma baharu” dalam politik Malaysia sekarang tidak lagi memenangi 50% kerusi untuk berkuasa.

Katanya, DAP hanya perlu menang antara 15 hingga 20 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang untuk membolehkan ia menjadi “kingmaker” dan berada dalam kerajaan. 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka berdepan pilihan raya pada suku pertama tahun depan, dengan berakhirnya mandat pada Jun tahun depan.

Chong menunjuk kepada kedudukan “kingmaker” Parti Bersatu Sabah dalam pilihan raya negeri yang baharu saja selesai, yang walaupun hanya menang tujuh kerusi, dapat memainkan keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), atau Warisan Plus, akan memerintah Sabah.

Daripada 73 kerusi, BN dan PN menang 31, sementara Warisan Plus memperoleh 32.

Beliau juga menegaskan peranana GPS dalam menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

GPS hanya mempunyai 18 kerusi di Dewan Rakyat dengan 222 kerusi itu.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Idris Buang, ragu terhadap sasaran baharu DAP itu, yang dibuat oleh ahli Parlimen Stampin seminggu lalu pada mesyuarat agung tahunan kedua cabang baharu parti itu di Kuching.

Idris juga tertanya-tanya parti mana yang dirancang DAP untuk menjadi “kigmaker”, sama ada GPS, Parti Sarawak Bersatu (PSB) - parti serpihan musuh mereka Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - atau sebilangan besar parti kecil?

Chong berkata dalam ucapannya pada mesyuarat itu, pilihan raya negeri akan datang mungkin menyaksikan wujudkan tiga blok - GPS, PSB dan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan ketua PH Sarawak.

Idris menolak ketidaksesuaian DAP untuk menjadi “kingmaker” bagi GPS. Adun Muara Tuang berkata bagi sebuah parti menjadi “kingmaker”, ia perlu memiliki “watak dan prinsip yang sangat asas” yang mudah diterima dan sesuai dengan mana-mana pihak.

Katanya, DAP Sarawak mempunyai banyak sifat yang tidak boleh diterima oleh banyak pihak di negeri ini, termasuk GPS.

Kata Idris, ini jelas terbukti dalam tempoh 22 bulan mereka berkuasa sebagai sebahagian daripada kerajaan persekutuan PH.

“Mereka tidak memperjuangkan kepentingan Sarawak ketika kerajaan persekutuan membatalkan, menangguhkan dan menghentikan projek untuk negeri ini.”

Idris berkata komen Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tahun lalu yang Sarawak, di bawah GPS, boleh muflis dalam tiga tahun adalah contoh lain ketidaksesuaian DAP “di mata kebanyakan parti Sarawak”.

“Bagi ‘kigmaker’ perlu mempunyai keserasian sesuai untuk bersama dengan yang lain. DAP mungkin tidak dapat memainkan peranan itu kerana budaya politik mereka terlalu kuat dengan politik pembangkang Semenanjung.” – 4 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen