Muda kutip dana RM50,000 dalam 3 jam bantu mahasiswa terkandas


Aminah Farid

Muda menerusi #MohonBantuMahasiswa berjaya mengumpul RM51,145 menerusi sumbangan dana awam dalam tempoh tiga jam. – Gambar Twitter, 3 Oktober, 2020.

PARTI belia Muda mengumpul RM51,145 menerusi sumbangan dana awam dalam tempoh tiga jam bagi membantu pelajar universiti yang terkandas di seluruh negara susulan pengumuman saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi bahawa kelas dan pendaftaran untuk kolej dan universiti akan diadakan secara online.

Ia berikutan pelajar bengang dan menyelar kementerian itu menerusi Twitter atas langkah saat akhir itu dengan menggunakan tanda palang #MenteriKPTsilaletakjawatan.

“Muda sedar masalah dihadapi pelajar akibat pengumuman kementerian itu, yang tidak ada pelan jelas dan prosedur yang lembab.

“Muda berkongsi aduan daripada anda semua yang memerlukan bantuan,” kata Muda di Twitter menggunakan #MohonBantuMahasiswa.

“Proses membayar sumbangan kepada pelajar memerlukan akan bermula esok. Sudah tentu kami akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana sumbangan diberikan kepada penerima. Terima kasih sekali lagi!,” kata parti itu.

Sesetengah pelajar dilaporkan sudah membeli tiket penerbangan untuk kembali ke kampus sementara gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar berkeliaran di luar kampus dengan beg pakaian.

Ahli politik dan aktivis turut menyokong pelajar di Twitter.

Adun Bukit Tunku Lim Yi Wei di Twitter berkata beliau menyediakan borang di Google untuk mereka yang terkandas di Petaling Jaya dan Shah Alam yang terdesask memerlukan bantuan.

“Pelajar yang terkandas dan berada berhampiran Petaling Jaya atau Shah Alam yang memerlukan bantuan, boleh isi borang itu di Google bersama butiran diri. Kami akan cuba bantu sebaik mungkin,” katanya. – 3 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen